Saturday, February 7, 2009

sedekah

ada satu cerita yang menarik di blog sahabat aku.

copy and paste http://msrizal.blogspot.com/ :
****************************

Wang kertas bernot RM 1 berjumpa dengan kawan lamanya wang kertas bernot RM 50.Wang kertas bernot seringgit bertanya; "Ke mana engkau pergi 50 ringgit? Sudah lama aku tidak jumpa?"

RM 50 menjawab, "Oh, aku? Adalah di dalam beg duit orang-orang besar. Mereka selalu hulurkan aku ditempat-tempat indah. Genting Highland, Restoren besar, Shopping Complex, hiasan mewah dan macam-macam lagi. Selalu juga aku dihulur dengan not RM 100 bersama.Engkau macam mana pula Seringgit?"

"Oh, aku biasalah. Aku selalulah dilipat-lipat dan disisipkan di tabung-tabung derma. Ada macam-macam tabung derma. Paling popular tabung masjidlah."


*****************

aku pernah bertanya kawan aku bagaimana dia belanjakan duit gajinya setiap bulan. dia menjawab seperti biasa. ada bahagian untuk ibubapa, shopping, dan lain-lain. cuma ada satu bahagian yang menarik iaitu dia akan menderma 10 peratus daripada jumlah gaji nya untuk gereja.

bayangkan, kalau gajinya Rm 1000 dia akan menderma sebanyak rm 100 sebulan.

aku cakap pada dia,"banyak nye kau bagi untuk gereja".

"tak ade lah, sikit je ni..kalau boleh aku nak bagi lebih", dia menjawab dengan selamba.

No comments: