Monday, November 10, 2008

password

salam..

aku nak berkongsi sedikit tips untuk mencipta dan mengingati password yang sukar. tidak keterlaluan jika aku katakan setiap penduduk Malaysia mempunyai sekurang-kurangnya dua email yang berlainan host seperti yahoo, hotmail dan gmail. itu tidak termasuk dengan akaun friendster, myspace, blogspot, wordpress, youtube, maybank2u, cimb clicks, onlinepostpaid, photobucket, kamasutra dan banyak lagi web privasi yang memerlukan password untuk diingati.

mungkin ada sesetengah orang berpendapat password ini tidak penting dan boleh ambil mudah. korang salah dan mungkin korang betul tapi yang pasti korang perlukan password yang sukar diteka dan mudah korang ingat.

mengikut kajian aku secara rambang di UPNM ni. aku telah mengeluarkan peratusan beberapa jenis password yang digunakan oleh pegawai kadet ( PKDT). peratusan ini dibuat secara IKOTSUKAHATI.

sebanyak 29.8% PKDT menggunakan tarikh hari lahir sebagai password mereka. daripada jumlah ini 9.3% menggunakan tarikh lahir sendiri. lagi 14.2% menggunakan tarikh lahir awek atau balak masing-masing. manakala hanya 6.3% menggunakan tarikh lahir ibu atau bapa. golongan ini boleh dikategorikan pemalas nak hafal tarikh lahir awek atau mak bapak. sebab tu diorang letak je tarikh lahir orang tersayang. tambah-tambah lagi awek atau balak. kalau lupa nanti tak pasal kena tumbuk dekat halkum. haha.

seterusnya sebanyak 21.3% PKDT menggunakan password dari nombor ic lama atau bat c 10 (kad pengenalan tentera). golongan ni lagi lah pemalas dari golongan yang pertama tadi. diorang ni memang nak kerja senang je. oleh kerana itu lah nombor ic yang menjadi pilihan utama. mudah dan confirm tak kan lupa. kesimpulannya golongan PKDT ni memang hampeh.

golongan seterusnya ialah PKDT yang menggunakan nama awek sebagai password. menurut kajian aku sebanyak 23.2% PKDT adalah dari golongan ini. biasanya golongan ini sememangnya jiwang karat dan kononnya setia dengan pasangan masing-masing. ( amaran untuk semua ladies kat Malaysia: PKDT memang terkenal dengan sikapnya yang agak BUAYA kecuali aku yang budiman ni..haha.)

ada jugak golongan yang menggunakan tarikh-tarikh peristiwa penting seperti maal-hijrah, hari kemerdekaan, tarikh "declare" dengan awek, peristiwa runtuhan WTC dan tarikh saddam hussien dihukum gantung. golongan ini sememangnya pelik dan jarang sekali berlaku di UPNM. hanya 3.32% PKDT menggunakan password jenis ini.

jenis password yang agak terkenal di UNPM ialah jenis hasil gabungan nama sendiri dengan pasangan masing-masing. contohnya, balak bernama KHAIRUL dan awek bernama ANISAH maka hasil password gabungan nama tersebut ialah KHAIRUNISAH. kreatif kan? kebiasaannya password ni digunakan pasangan-pasangan yang masih hangat bercinta. paling lama password ini boleh bertahan kira-kira setahun. peratus PKDT yang menggunakan password jenis ini ialah sebanyak 13.34%.

jenis yang terakhir sekali ialah dengan menggunakan tips yang aku akan ceritakan di sini. hanya 8.98% PKDT yang berminat dan mengamalkan password jenis ini. mungkin selepas ini peratusan golongan ini akan bertambah. password jenis ini memang amat sukar dipecahkan jika diamalkan dengan cara yang betul dan tidak melanggari peraturan password.


TIPS

1. korang reka satu ayat yang korang senang ingat. pastikan ayat tersebut terdiri dari nombor dan beberapa patah perkataan. contohnya : Aku Main Futsal Setiap Hari Jam 5 Petang.

2. korang gunakan huruf dihadapan ayat yang korang reka tadi tu sebagai password. password yang kuat adalah password yang digabungkan antara huruf dan nombor. jumlah gabungan ini pula biasanya melebihi lapan huruf dan nombor.
contohnya : amfshj5p

3. cuba korang tengok contoh yang aku bagi. kan dah dapat satu password yang agak pelik dan hampir mustahil orang nak teka. haha. senang je.

4. jangan tulis ayat yang korang reka tu kat mana-mana tempat. cuma dalam kepala je. aku cadangkan korang guna ayat yang korang selalu guna. inshaAllah tak lupa.

5. aku ada beberapa lagi contoh yang boleh dijadikan pedoman untuk korang reka password yang best.


bapak aku memang kuat, dia ada 9 orang anak = bamkda9oa

aku memang hensem 81 kali dari beckham = amh81kdb

jom tikam nombor ni 1234 = jtnn1234


p/s: aku zalim lagi sekali dengan masa tidur aku...zzzZzz

Sunday, November 9, 2008

zalim

apa itu zalim?
zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.
aku bukanlah nak hurai maksud zalim ni. sekadar nak mengingatkan diri aku yang hina. jangan zalim pada diri sendiri. adakah aku berada di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk belajar, belajar dan belajar? aku dibayar gaji tiap-tiap bulan bukanlah hanya untuk belajar. jangan salah faham. pegawai kadet di UPNM diberi latihan ketenteraan dari peringkat awal pengajian sehinggalah ditauliahkan menjadi seorang pegawai tentera yang boleh memimpin, membunuh dan menjadi imam (ni part yang paling susah sekali. hehe).

pelbagai latihan yang diterapkan di sini dan jangan sekali-kali fikir UPNM seperti universiti awam yang lain. kami dikehendaki berbaris pada jam 0715H setiap pagi isnin hingga khamis sebelum ke kuliah. pada jam 1730H kami dikehendaki berbaris sukan dan jam 2300H wajib berbaris di dataran wawasan untuk roll-call. pada hari jumaat dan sabtu adalah waktu ketenteraan. perkara yang best nya di sini, semua ditanggung oleh ATM. termasuk yuran pengajian dan pakaian seragam (seluar dalam pon free beb). kami juga diberi latihan taekwondo secara percuma. paling best ialah tiap-tiap bulan akaun bank korang akan ter"topup" tidak kurang dari seribu ringgit. fuh! banyak tu..menarik tak? masuklah UPNM. kalau menyesal jangan cari aku. haha

semasa aku tahun asas, ramai kawan aku yang menyesal masuk ATMA ( nama sebelum UPNM ditubuhkan). ada yang merancang untuk menjadi juruterbang, cikgu, bisnesman dan nak jadi tukang gunting rambut pon ada. haha. geng-geng yang nak keluar ni pulak hasut kawan lain untuk ikut jejak langkah diorang. macam-macam alasan yang diberi. gaji askar takleh sara hiduplah, masa depan gelap, nanti masuk unit kena 'hell' sampai mati dan banyak lagi cerita yang pelik-pelik. aku pon tak faham dengan diorang nih. tak kenal dek untung. ramai lepasan SPM yang gigit jari kerana tak lepas masuk ATMA. kira agak bertuah dapat masuk sini, tak payah susah kan keluarga untuk tanggung yuran pengajian. siap boleh bagi duit kat keluarga lagi. bila geng-geng ni rasa diri tu betul dan tak akan menyesal dengan keputusan yang dibuat. pastu semua susun strategi kamikaze masing-masing untuk mengeluarkan diri dari ATMA. ada yang sanggup sengaja menggagalkan subjek semasa peperiksaan. ada jugak yang merayu kat pensyarah supaya diorang gagal. alhamdulilah, aku tak tergolong dalam geng-geng ni.

aku tak salahkan diorang yang keluar dari sini. ada yang berjaya lepas keluar dari kepompong UPNM ni. ye lah, dah rasa tak sesuai. blah je la. tunggu lama-lama pon wat semak jer. haha. sekurang-kurangnya diorang tak zalim pada diri sendiri. kadang-kadang kita perlu membuat U-turn dalam hidup. yang mana keputusan yang kita buat itu kebiasaannya akan mengubah aras kehidupan kita. samada makin baik atau makin buruk. jika makin baik, alhamdulilah. jika makin buruk? U-turn lagi sekali lah jawabnya. haha.


ok, balik ke tajuk asal. zalim. aku dok asyik menaip entry ni. tanpa sedar aku sebenarnya aku telah menzalimi diri aku sendiri. kenapa? minggu ni aku ada peperiksaan akhir semester dan sepatutnya aku tengah belajar sekarang ni. ya Allah, hamba-Mu ini telah zalim dengan masa. inilah contoh zalim yang paling mudah sekali. aku zalim dengan masa belajar aku. isk, isk, isk...jom belajar.


p/s: aku tension dengan final..bila nak commission nih??

kampungku

salam pertama..

inilah entry pertama aku...macam biasa, yang pertama adalah paling susah sekali aku nak korek idea dari kepala aku yang dah berkarat kaw-kaw punya.haha.. mungkin sebab dosa yang aku dah buat di dunia yang penuh dengan helah. bilalah aku nak bertaubat agaknya? isk, isk, isk.. oklah..aku nak cerita kat korang pasal diri aku dan keunikan kampung aku.

tanggal 9 rabiulawal 1407 bersamaan 12 november 1986 iaitu pada hari isnin aku dilahirkan di wad 11, hospital besar bukit mertajam. aku membesar di sebuah kampung yang terletak di parlimen permatang pauh yang diberi nama KAMPUNG PERTAMA. cara nak kenal kampung ni senang je. kampung ni ada dua buah masjid yang aku kira jarak antara dua buah masjid ni kurang dari 200 meter (lebih kurang je..aku tak pernah ukur pon. haha). masjid ni diberi nama MASJID PAPAN dan MASJID BATU.

apa yang menariknya yang kedua-dua masjid ni?

sebenarnya, MASJID PAPAN telah lama dibina, aku tak pasti tahun bila ia dibina. asalnya masjid tu dibina dengan berasaskan papan. atas sebab itu ia dipanggil MASJID PAPAN. semasa awal tahun 90 an masjid ni diroboh dan dibina semula dengan berasaskan batu dan simen tapi namanya dikekalkan dengan MASJID PAPAN dan dicat warna biru. ah, malas aku nak citer pasal sejarah kat sini (aku tak minat sejarah. hoho). pendek cerita MASJID BATU dibina kemudiannya di tanah wakaf yang dahulunya sebuah sekolah agama rakyat dan dicat warna hijau.

sejak kecil aku tertanya-tanya kenapa ada dua buah masjid yang aku kira terlalu dekat kedudukannya. yang aku pasti masjid ini dipisahkan dengan fahaman politik. sekilas pandang memang jelas, MASJID PAPAN dipenuhi orang kerajaan dan sebaliknya di MASJID BATU. memang tak semua masyarakat kampung bersikap begitu tetapi aku berasa sedih dengan keadaan begini yang bagi aku amatlah memalukan. kita mengaku islam itu bersaudara tetapi tidak boleh sembahyang sekali hanya kerana berbeza fahaman politik. bagaimana kita hendak menyatukan seluruh umat islam jika penduduk sekampung tidak dapat bersembahyang dalam satu jemaah? amat malang sekali nasib umat islam..jika regular customer di rumah Allah bersikap begini, bagaimana dengan bapak-bapak, anak-anak muda dan cucu-cucu kita yang hanya seminggu sekali jejak rumah Allah? dengan apa kita boleh menyatukan umat islam? dengan apa?

sembahyang jumaat diadakan secara bergilir-gilir di kedua-dua masjid ini. jika minggu ini giliran MASJID PAPAN, maka minggu hadapan adalah MASJID BATU. begitulah seterusnya sampai kiamat. cuma kita tak tahu kiamat datang semasa giliran MASJID PAPAN atau MASJID BATU.isk, isk, isk..apa yang menarik pada hari jumaat? ada sebilangan ahli masjid yang tidak bersembahyang jumaat di masjid yang lagi satu. mereka sanggup bersembahyang di masjid kampung sebelah walaupun agak jauh. aku tak pasti kenapa dan mengapa ahli-ahli masjid yang aku respek ni bersikap kebudak-budakan. walhal, mereka inilah yang bawa rahmat dari masjid ke seluruh kampung. aku nak tegaskan di sini, tak semua bersikap macam tu. hanya segelintir sahaja.

aku ni bukanlah ustaz atau alim ulama nak tegur pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat kampung aku tu. cuma aku ingin meluahkan perasaan kecewa dan aku sangat-sangat sedih dengan keadaan kampung aku. ilmu aku amatlah cetek jika dibanding dengan keotaian mereka dalam bab-bab agama ni. aku hanya memberi sedikit lontaran pendapat dan pandangan.

alangkah indahnya, jika semua ahli kedua-dua masjid bersembahyang dalam satu jemaah?
pasti ramai anak-anak muda yang tertarik dengan suasana masjid. bayangkan, jemaah dua masjid berjemaah dalam satu masjid, pasti senang-senang je dapat satu saf penuh. malah tidak mustahil dua saf akan penuh setiap kali waktu sembahyang. amin

p/s: ni 1st entry aku, jgn nak kutuk lebih-lebih. haha