Sunday, February 8, 2009

universiti butik

setiap tahun, lebih 13 000 pelajar lepasan SPM akan memohon ke universiti ini sebagai pilihan pertama..

daripada 13 000 pelajar hanya 1500 yang terbaik akan dipanggil untuk temuduga. di sini mereka akan diuji dari segi fizikal dan mental.

daripada 1500 pelajar, tidak lebih 500 pelajar akan diterima masuk ke universiti ini. di universiti ini mereka akan dilatih untuk menjadi pemimpin yang intelektual dan berkeperibadian tinggi.

universiti ini ialah universiti pertahanan nasional malaysia (upnm). dulu dikenali sebagai akademi tentera malaysia (atma).

upnm ibarat satu universiti butik yang mencorak peribadi dan pemikiran bakal-bakal pemimpin angkatan tentera malaysia (ATM) pada masa akan datang.

aku bukan nak promote universiti ni. tapi kalau berminat, boleh cuba. apa yang penting ialah MINAT dan PERSISTEN.

kelebihan upnm

1. dapat gaji..tahun pertama sahaja dah dapat lebih rm 1000 sebulan. tidak termasuk bonus dan elaun. (part ni yang paling best sekali,..hehe)
2. pengajian ditanggung sepenuhnya oleh ATM atau ijazah percuma (aku tak pernah tahu berapa yuran aku sampai sekarang)
3. tempat tinggal disediakan.
4. pakaian disediakan. (pakaiaan tentera shj)
5. latihan ketenteraan (menembak, berenang, tempur tanpa senjata, latihan fizikal dll)
6. jaminan pekerjaan. (kontrak dengan ATM selama 10 tahun)


kekurangan upnm

1. terpaksa korbankan kebebasan korang. (korang akan angkat sumpah sebagai anggota tentera)
2. susah dapat cuti. (biasalah..nama pon tentera)
3. belajar dalam suasana tentera. (tak sama dengan ipt lain)
4. kekurangan dari segi fasiliti (upnm baru berusia 3 tahun,,paham-paham je la)


anonymous said : upnm= universiti penat nak mampus.

ingin mencuba?

No comments: