Sunday, November 9, 2008

kampungku

salam pertama..

inilah entry pertama aku...macam biasa, yang pertama adalah paling susah sekali aku nak korek idea dari kepala aku yang dah berkarat kaw-kaw punya.haha.. mungkin sebab dosa yang aku dah buat di dunia yang penuh dengan helah. bilalah aku nak bertaubat agaknya? isk, isk, isk.. oklah..aku nak cerita kat korang pasal diri aku dan keunikan kampung aku.

tanggal 9 rabiulawal 1407 bersamaan 12 november 1986 iaitu pada hari isnin aku dilahirkan di wad 11, hospital besar bukit mertajam. aku membesar di sebuah kampung yang terletak di parlimen permatang pauh yang diberi nama KAMPUNG PERTAMA. cara nak kenal kampung ni senang je. kampung ni ada dua buah masjid yang aku kira jarak antara dua buah masjid ni kurang dari 200 meter (lebih kurang je..aku tak pernah ukur pon. haha). masjid ni diberi nama MASJID PAPAN dan MASJID BATU.

apa yang menariknya yang kedua-dua masjid ni?

sebenarnya, MASJID PAPAN telah lama dibina, aku tak pasti tahun bila ia dibina. asalnya masjid tu dibina dengan berasaskan papan. atas sebab itu ia dipanggil MASJID PAPAN. semasa awal tahun 90 an masjid ni diroboh dan dibina semula dengan berasaskan batu dan simen tapi namanya dikekalkan dengan MASJID PAPAN dan dicat warna biru. ah, malas aku nak citer pasal sejarah kat sini (aku tak minat sejarah. hoho). pendek cerita MASJID BATU dibina kemudiannya di tanah wakaf yang dahulunya sebuah sekolah agama rakyat dan dicat warna hijau.

sejak kecil aku tertanya-tanya kenapa ada dua buah masjid yang aku kira terlalu dekat kedudukannya. yang aku pasti masjid ini dipisahkan dengan fahaman politik. sekilas pandang memang jelas, MASJID PAPAN dipenuhi orang kerajaan dan sebaliknya di MASJID BATU. memang tak semua masyarakat kampung bersikap begitu tetapi aku berasa sedih dengan keadaan begini yang bagi aku amatlah memalukan. kita mengaku islam itu bersaudara tetapi tidak boleh sembahyang sekali hanya kerana berbeza fahaman politik. bagaimana kita hendak menyatukan seluruh umat islam jika penduduk sekampung tidak dapat bersembahyang dalam satu jemaah? amat malang sekali nasib umat islam..jika regular customer di rumah Allah bersikap begini, bagaimana dengan bapak-bapak, anak-anak muda dan cucu-cucu kita yang hanya seminggu sekali jejak rumah Allah? dengan apa kita boleh menyatukan umat islam? dengan apa?

sembahyang jumaat diadakan secara bergilir-gilir di kedua-dua masjid ini. jika minggu ini giliran MASJID PAPAN, maka minggu hadapan adalah MASJID BATU. begitulah seterusnya sampai kiamat. cuma kita tak tahu kiamat datang semasa giliran MASJID PAPAN atau MASJID BATU.isk, isk, isk..apa yang menarik pada hari jumaat? ada sebilangan ahli masjid yang tidak bersembahyang jumaat di masjid yang lagi satu. mereka sanggup bersembahyang di masjid kampung sebelah walaupun agak jauh. aku tak pasti kenapa dan mengapa ahli-ahli masjid yang aku respek ni bersikap kebudak-budakan. walhal, mereka inilah yang bawa rahmat dari masjid ke seluruh kampung. aku nak tegaskan di sini, tak semua bersikap macam tu. hanya segelintir sahaja.

aku ni bukanlah ustaz atau alim ulama nak tegur pakcik-pakcik dan makcik-makcik kat kampung aku tu. cuma aku ingin meluahkan perasaan kecewa dan aku sangat-sangat sedih dengan keadaan kampung aku. ilmu aku amatlah cetek jika dibanding dengan keotaian mereka dalam bab-bab agama ni. aku hanya memberi sedikit lontaran pendapat dan pandangan.

alangkah indahnya, jika semua ahli kedua-dua masjid bersembahyang dalam satu jemaah?
pasti ramai anak-anak muda yang tertarik dengan suasana masjid. bayangkan, jemaah dua masjid berjemaah dalam satu masjid, pasti senang-senang je dapat satu saf penuh. malah tidak mustahil dua saf akan penuh setiap kali waktu sembahyang. amin

p/s: ni 1st entry aku, jgn nak kutuk lebih-lebih. haha

2 comments:

Unknown said...

Posting pertama yang mengalakan..akhirnya kawan aku dah jd blogger.welcome to this word BEMA.

Perwira Negara said...

bema buat la satu gadget utk link member2..tak pun tambah shoutbox ke (Link)