Sunday, November 9, 2008

zalim

apa itu zalim?
zalim bermaksud meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya.
aku bukanlah nak hurai maksud zalim ni. sekadar nak mengingatkan diri aku yang hina. jangan zalim pada diri sendiri. adakah aku berada di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk belajar, belajar dan belajar? aku dibayar gaji tiap-tiap bulan bukanlah hanya untuk belajar. jangan salah faham. pegawai kadet di UPNM diberi latihan ketenteraan dari peringkat awal pengajian sehinggalah ditauliahkan menjadi seorang pegawai tentera yang boleh memimpin, membunuh dan menjadi imam (ni part yang paling susah sekali. hehe).

pelbagai latihan yang diterapkan di sini dan jangan sekali-kali fikir UPNM seperti universiti awam yang lain. kami dikehendaki berbaris pada jam 0715H setiap pagi isnin hingga khamis sebelum ke kuliah. pada jam 1730H kami dikehendaki berbaris sukan dan jam 2300H wajib berbaris di dataran wawasan untuk roll-call. pada hari jumaat dan sabtu adalah waktu ketenteraan. perkara yang best nya di sini, semua ditanggung oleh ATM. termasuk yuran pengajian dan pakaian seragam (seluar dalam pon free beb). kami juga diberi latihan taekwondo secara percuma. paling best ialah tiap-tiap bulan akaun bank korang akan ter"topup" tidak kurang dari seribu ringgit. fuh! banyak tu..menarik tak? masuklah UPNM. kalau menyesal jangan cari aku. haha

semasa aku tahun asas, ramai kawan aku yang menyesal masuk ATMA ( nama sebelum UPNM ditubuhkan). ada yang merancang untuk menjadi juruterbang, cikgu, bisnesman dan nak jadi tukang gunting rambut pon ada. haha. geng-geng yang nak keluar ni pulak hasut kawan lain untuk ikut jejak langkah diorang. macam-macam alasan yang diberi. gaji askar takleh sara hiduplah, masa depan gelap, nanti masuk unit kena 'hell' sampai mati dan banyak lagi cerita yang pelik-pelik. aku pon tak faham dengan diorang nih. tak kenal dek untung. ramai lepasan SPM yang gigit jari kerana tak lepas masuk ATMA. kira agak bertuah dapat masuk sini, tak payah susah kan keluarga untuk tanggung yuran pengajian. siap boleh bagi duit kat keluarga lagi. bila geng-geng ni rasa diri tu betul dan tak akan menyesal dengan keputusan yang dibuat. pastu semua susun strategi kamikaze masing-masing untuk mengeluarkan diri dari ATMA. ada yang sanggup sengaja menggagalkan subjek semasa peperiksaan. ada jugak yang merayu kat pensyarah supaya diorang gagal. alhamdulilah, aku tak tergolong dalam geng-geng ni.

aku tak salahkan diorang yang keluar dari sini. ada yang berjaya lepas keluar dari kepompong UPNM ni. ye lah, dah rasa tak sesuai. blah je la. tunggu lama-lama pon wat semak jer. haha. sekurang-kurangnya diorang tak zalim pada diri sendiri. kadang-kadang kita perlu membuat U-turn dalam hidup. yang mana keputusan yang kita buat itu kebiasaannya akan mengubah aras kehidupan kita. samada makin baik atau makin buruk. jika makin baik, alhamdulilah. jika makin buruk? U-turn lagi sekali lah jawabnya. haha.


ok, balik ke tajuk asal. zalim. aku dok asyik menaip entry ni. tanpa sedar aku sebenarnya aku telah menzalimi diri aku sendiri. kenapa? minggu ni aku ada peperiksaan akhir semester dan sepatutnya aku tengah belajar sekarang ni. ya Allah, hamba-Mu ini telah zalim dengan masa. inilah contoh zalim yang paling mudah sekali. aku zalim dengan masa belajar aku. isk, isk, isk...jom belajar.


p/s: aku tension dengan final..bila nak commission nih??

No comments: